Jeng jeng jeng part 2

KECOH KAMPUNG PINANG SEDAHAN

Abang Zainal terkejut dari tidur, bau harum semerbak menusuk hidungnya, bau bedak kutikura dan bedak muka “kajkdafdnalndn” payah nak sebut bedak buatan Filipin ni, mengganggu mimpinya. Kak Imah tidak lagi kelihatan di bilik, belum sempat Abang Zainal memanggil nama Kak Imah, kepala Abang Zainal cepat mengingatkanya kemana Kak Imah pergi.

Dah lima tahun kot putih dan kasut warna papan dam tersimpan lapuk dalam almari Jauhari. Hari ni hari yang dinanti. Lima tahun Jauhari menunggu untuk mencari masa sesuai untuk mengenakan pakaian istimewa ini. Hari ini….. ya…. inilah harinya.

Dang Simah jadi hairan, dari semalam lakinya Hj Daud bernyanyi-nyanyi dengan nada yang berlainan. Bunyi macam ayam tercekik ada juga, kadang-kadang dibuat-buat suaranya seperti A. Halim adakala dicubanya juga menarik tinggi ala-ala Amy search dan ada dua tiga kali juga dia melutut dan membuka bajunya. Terkejut Dang Simah melihat dada Hj Daud tertulis huruf ‘S’ dari lipstik murah yang dibeli di tapak perayaan 3 tahun lalu.

Dua tiga kali Idah menjenguk keluar, tiada siapa yang dilihatnya disana. Tapi dia yakin, dah berapa kali Ibunya Kak Milah menjawap salam, Idah tak berani menegur, Kak Milah yang berada di dapur terus mengulang-ulang pelbagai cara dan tonasi menjawab salam.

Kepala Kadim berputar memikirkan persembahan bangsawan yang akan dipentaskan tidak lama lagi. Urusan peralatan pentas, props, costume semuanya masih tak menentu. Tapi semua tu bukan pekara yang difikirkan Kadim. Flashback. Sebelum menaiki beca Awang Kumin untuk pulang memang dia ada bergambar dengan Kak Imah atas permintaan Kak Imah. Kadim memang tak kisah kalau ada orang yang mahu bergambar dengannya. Kadim, orang bangsawan yang terkenal. Persembahan bangsawannya memang ditunggu dimana-mana. Tak pernah terfikir oleh Kadim gambarnya bersama Kak Imah akan dimasukkan kedalam surat aktivit keliling Kampung Pinang Sedahan edisi mingguan ( yang juga teredar di kampung yang berdekatan) dengan teks line. “ Imah Letup Terharu diiktiraf oleh orang bangsawan terkenal” sial punya paparazzi.

Bukan itu saja yang membuatkan Kadim bingung, masuk ni dah berapa puluh telegram yang diterimanya dari Hj Daud yang mengatakan peminat bangsawan disini mahukan Hj Daud kembali semula menjadi penyayi utama (oh lupa nak aku catatkan, pementasan ini berbentuk musikal). Dah beratus kali juga Hj Daud mengingatkannya secara sindiran mengenai jumlah perbelanjaan menghantar telegram tersebut. Jauhari…ya Jauhari, Kadim memang kenal dengan Jauhari, Jauhari memang bercita-cita besar dalam lakonan tetapi bakatnya kecil.( pembetulan :tak berbakat pun). Lain pula dengan Milah, Milah memang berbakat tetapi…….

Kecoh besar balairaya kampung Pinang Sedahan. Apa taknya, perjumpaan pagi tu dihadiri oleh tiga orang yang tak dikenali. Zaitun, gadis manis yang memang lawa, Ramlee pemuda yang memang berbakat dan Salim penyanyi kampung Pinang Bercambah. Terdengar bisik-bisik dari hadirin tentang mereka bertiga, pelbagai andaian dan rekaan cerita yang terdengar, ada yang mengatakan Zaitun adalah kekasih Kadim (Muka Kak Milah jadi merah padam bila mendengar gossip tersebut, bukan kerana itu saja, tapi juga kerana kebaya hijau ketat anaknya Idah yang sempat ditukarnya tadi apabila gossip tersebut sampai ketelinganya, menyekat udara dari mengalir sempurna keparu-paru Kak Milah.) Ada juga bisik-bisik tentang Salim kononnya efek sengau yang digunakan dalam piring hitam terbarunya( pembetulan: satu-satunya) bukanlah efek melainkan suaranya sendiri, tak kurang juga yang mengatakan Ramlee merupakan anak saurdara Maradona.

Kepala Kadim masih bercelaru, semua mata terarah kepadanya. Sudah sampai masanya untuk dia mengumumkan senarai pemain yang terpilih untuk menjayakan bangsawan yang diberi nama Musikal Perhentian Dua Mukim. Hj Daud masih tercegat menunggu Kadim berdiri setelah dia sebagai ketua persatuan memberikan ucapan yang sangat lama walaupun hanya mengulang-ulang perkataan “ sebagai penyayi lama yang diminati dan dinanti oleh para peminat, bukanlah saya beria-ia sangat untuk menyanyi tetapi sebagai penyanyi lama yang diminati dan dinanti oleh peminat, saya sebenarnya mahu peluang sebegini diberikan kepada golongan muda tetapi sebagai penyanyi lama yang diminati dan dinanti oleh peminat…….”

Berat kepala Kadim semakin berdengung. Dipandangnya kearah Kak Imah yang sedang tersenyum dalam frame close up, mukanya menampakkan berapa banyak sudah belanja yang dikeluarkan oleh Kak Imah untuk makan minum sepanjang latihan dan juga jamuan-jamuan berkaitan dengan pementasan. Dilihatnya kearah Jauhari, bayang tabung simpanan Jauhari yang berbentuk ayam pecah, dan terbahagi lalu menjadi kepingan papan pentas, tiang buluh, kertas warna yang kini lengkap sebagai sebuah senibina yang dipanggil pentas. Kadim mengalihkan mukannya ke arah Kak Milah yang masih merah padam mengempis perut dan badan semata-mata kerana kebaya hijaunya, dalam senyuman menahan rasa, terbayang oleh Kadim stok pakaian Kak Milah dan lakinya yang dikorbankan untuk kostum pementasan. Peluh Kadim semakin mencurah dia kini mengalih padangannya kepada Hj Daud, lama dia memandang Hj Daud tetapi tiada bayangan apa-apa dari Hj Daud yang muncul. Ditenung lebih dalam sehingga mengigatkan kembali pada tabung Jauhari, jamuan Kak Imah dan stok pakaian Kak Milah…ya… baru terbayang oleh Kadim Hj Daud lah yang menolong Jauhari memecahkan tabungnya, Hj Daud lah yang menolong Kak Imah menghabiskan hidangan jamuannya dengan plastik dan bekas makanan yang dibawa dari rumah untuk cucu-cucunya dan Hj Daud jugalah yang mengangkat baju-baju Kak Milah dan lakinya sebanyak 15 pasang yang kini tinggal 10.

Perlahan-lahan Kadim bangun. Semua yang hadir terdiam menunggu apa yang akan dikatakan oleh Kadim. Kadim membuka mulutnya dalam frame extreme close up, orang ramai dalam frame full shot atau ehem ehem shot dalam bahasa…(em dah habis kitab aku cari tapi masih tak jumpa) mula menyiring serentak dan mengarahkan telinga kanan mereka dengan badan disiringkan sedikit serta mata yang dalam berkeadaan menjeling kearah Kadim. Kadim tiba-tiba pegun atau freeze kata orang filim, mulutnya masih terbuka tetapi tidak bergerak, perlahan-lahan menjelma di sebelah bawah di bahagian kiri dadanya tertulis……….

b……….e…….r……….s………a…….m…….b……..u…….n…….g

(fade out-in music roll- credit).

….dari tadi mata Abang Zainal asyik tertumpu pada Hj Daud, ada sesuatu yang membuatkan dia rasa musykil…ya…sekarang dia pasti, baju dan kot yang di pakai Hj Daud sama seperti baju dan kot yang ditempah oleh Abang Zainal di Zul Kader minggu lepas.

Logo Stesyen

June 30, 2008 | Leave a Comment 

Muzakarah Penerbitan Rampai Pagi Daerah Belait

The discussion on content and production of “Rampai Pagi from Belait District” was held on Saturday 28th June 2008 at new RTB Belait studio

Among the panels were head of TV magazine unit, RTB Belait officers, Rampai Pagi producers, Presenters, Clerk, and representatives from Regalblue Production.

Mr.Aliasim (blue shirt with tie), the Head of TV Magazine and Ms.Lina Hj Ali (Pink baju kurung), pegawai penyelaras Rampai Pagi Daerah Belait

Rampai Pagi presenters and clerk (+makeup artist)

Rosli (left) and Romzi (right), Rampai Pagi-Belait producers

Espalini (green baju kurung) and representatives from Regalblue Production
Some of the producers could not attend because they were out shooting

June 29, 2008 | Leave a Comment 

AKTA: MCP Studio Recording

June 29, 2008 | Leave a Comment 

Majlis Penutup Bengkel Sitkom

Peserta bengkel bersama Ketua Rancangan TV, Pg Hj Mahari Pg Hj Abdul Rajak, konsultan bengkel dan pegawai Pusat Perkembangan Penyiaran

Majlis penutup dan penyampaian sijil bagi Bengkel Rancangan TV Berbentuk Komedi Situasi telah berlangsung kelmarin di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB bertempat di Kg. Madang.

Sepanjang bengkel yang berjalan selama 3 minggu tersebut, para peserta telah berpeluang mempelajari asas-asas penerbitan rancangan komedi situasi (sitkom). Para peserta juga telah diberikan latihan secara praktikal, dimana semua peserta telah terlibat secara langsung dalam menerbitkan sebuah sitkom. Selain itu, setiap peserta juga telah menghasilkan satu naskah skrip sitkom dengan bimbingan konsultan bengkel.

June 29, 2008 | Leave a Comment 

Kursus penulisan/ pengarahan dokumentari

Salam sinema,

Darul Digital, sebuah film school di Malaysia, akan mengadakan kursus penulisan dan pengarahan Dokumentari dari 2-28 Ogos 2008. Kursus ini akan dikendalikan oleh mereka yang mahir serta berpengalaman luas dalam penulisan dan pengarahan serta penerbitan Dokumentari. Selain dari pembelajaran teori, kursus ini juga menyediakan latihan praktikal kepada para peserta. Kepada rakan-rakan yang berminat, jangan lepaskan peluang ini. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.daruldigital.com.my.

June 27, 2008 | Leave a Comment 

Next Page →