AKTA: Sesi Raptai

AKTA, satu lagi talkshow yang bakal diterbitkan oleh Radio Televisyen Brunei. Tuan Hj Jailani Hj Othman, penerbit dari Seksyen Penerbitan Rancangan TV telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Penerbit bagi rancangan tersebut. Regalblue Production pula akan menyediakan perkhidmatan penggambaran studio(secara MCP :Multiple Camera Production di Studio Regalblue, Jalan Telanai Beribi), penggambaran luar dan pos produksi. Skrip bagi rancangan ini akan disediakan oleh Fathan Hj Anuar.

Rancangan ini diharapkan akan dapat memberikan informasi dan penerangan yang lebih terperinci mengenai beberapa akta-akta yang terkandung di dalam Undang-Undang di Negara Brunei Darussalam. Dua orang wakil dari Jabatan-jabatan yang berkenaan akan dijemput untuk memperjelaskan akta yang dibincangkan di setiap episod. Voxpop dari orang ramai dan drama pendek juga akan diselitkan.


Penerbit memberikan penerangan kepada hos rancangan dan kru


Raptai dimulakan.
Hos rancangan, Farris Hj Abdul Rahman menemubual Ka Nur & Farid
(pengganti sementara tetamu rancangan)

June 27, 2008 | Leave a Comment 

Penggambaran News 26/6 – Qiqong

Semalam diadakan sesi penggambaran news mengenai Qiqong. Secara ringkasnya Qiqong adalah senaman pernafasan yang jika diamalkan ‘bisa’ mencegah berlakunya kanser dan penyakit kronik lain. Kelab Qiqong di Belait ini telah lama mengadakan latihan di kawasan Tudung Saji pada waktu awal malam. Mereka terdiri dari kaum cina veteran dan keadaan mereka memang nampak sihat dan ceria kerna mengamalkan Qiqong ini walaupun ada yang sudah mencapai umur lebih kurang 80 tahun. Sempat berfikir sejenak dimanakah orang-orang veteran melayu yang dikatakan banyak mempunyai ilmu/senaman untuk menjaga kesihatan namun sekarang masih tidak berapa kenampakan.

June 27, 2008 | Leave a Comment 

Production Services


A showreel of some of our work

To read more on production services provided by Regalblue Production, please click on this link.

June 26, 2008 | Leave a Comment 

1st Regalblue Nite 6th April 2004 @ Crown Princess Hotel

Salam semua, ketika sedang search file foto maka terserempaklah saya dengan foto2 lama ketika Regalblue Production buat pertama kali menganjurkan dinner untuk para artis/producer/dan yang pernah terlibat dalam pembikinan rancangan dengan Regalblue pada waktu itu sebagai penghargaan buat mereka kerana sudi bekerjasama serta memberikan sokongan kepada Regalblue yang baru mula menyusun langkah pada masa itu. Suasana malam itu memang meriah dengan kehadiran para jemputan serta dihiburkan dengan sebuah kumpulan band D’HASK yang memang talented dan menghiburkan.

Dengan melihat foto2 itu tadi mengingatkan kembali kenangan lama pahit manis sama dirasa…memandang kebelakang bukan bererti takut untuk kehadapan, namun memandang kebelakang adalah untuk me’revise’ semula apa yang telah dilalui untuk dijadikan iktibar dan menyusun langkah strategik untuk terus maju mara kehadapan tanpa keraguan dan ketakutan.

June 24, 2008 | Leave a Comment 

Trailer Blues Untuk Johnny

Salam Sinema,

Video penuh akan menyusul nanti. Insyaallah banyak lagi film pendek dari karyawan Regalblue yang akan kami hidangkan untuk tatapan rakan-rakan yang melayari website kami. Terima kasih daun keladi.

June 22, 2008 | Leave a Comment 

← Previous PageNext Page →