UBD Talents

Sorry for the very poor quality of the video. This was one of the finalist of UBD Talent Competition held at The Mall last night. 10 finalists showcased their talents in singing, dancing, playing musical instruments and magic shows. Thumbs up to UBD! Hope to see more next time!

November 13, 2008 | 4 Comments 

malam yang terang part 2

Kuala Lumpur….
kami datang dengan tujuan, mengemaskini peralatan dengan kemampuan yang ada agar dapat mempertingkatkan lagi mutu kerja dalam bidang yang kami pilih ni..Selain tu kami juga ada tanggung jawap pada anak bangsa dan diri sendiri. Aku sangat bertuah kerana Mak Ngah ku sudahpun menebas belukar bidang ini dengan jerit perihnya, aku cuma perlu lalu dilaluan dan berhati-hati memijak semalu..itupun aku masih keliru dan merungut…Atas kesedaran itu aku berani kan diri berjumpa salah sorang master dalam bidang ni..siapa lagi kalau bukan Abg Mamat Khalid….

Berpusing-pusing juga lah kami dalam teksi menuju ke ofisnya…berdebar-debar jantungku..ialah..siapalah kami…tapi aku beranikan diri demi teman-teman dan aku sendiri…macam nak jumpa pendita di gua yang tersorok di satu gunung yang tinggi…aku dah prepare macam-macam kemungkinan…tapi ternyata..satu pun tak sama…

Alhamdulillah..kami diterima dengan baik..Abg Mat nampak serius tapi kelakar dan sinis pada setiap apa yang keluar dari mulutnya…aku gunakan setiap detik itu untuk belajar…setelah berpantun sekerat dua..

Abg Mat cakap tak de halangan untuk dia ke Brunei Horeeeee…impian untuk belajar dari salah seorang master ni diberkati….

di kesempatan itu juga Abg Mat memberi kesempatan untuk kami melihat teaser filem Animasi yang akan di arahkannya..bukan pulang nak bodek tapi..baru tengok sikit…aku dah dapat rasakan filem ni akan jadi filem animasi terbaik yang pernah di buat di Malaysia…

yang dah ada sekarang ni..terlalu kebaratan….ini dekat sangat perasaannya
ternyata segala persedian mereka sangat detail..dengan lukisan character dan gaya Abg Mat menterjemahka karakter 2 tersebut membuatkan kami rasa WOW!!!…aku simpan note di kepala..waktu yang sesingkat ini banyak seungguh yang aku pelajari…banyak yang perlu kami tingkatkan…dan sudah tentu kehadiran Abg Mat ke Regalblue Production

nanti akan diambil kesempatan oleh teman-teman Regalblue untuk belajar dari Master yang cukup unik ini…insyaallah…to be continued

November 12, 2008 | Leave a Comment 

2 malam yang Terang part 1

Kuala Lumpur menyambut aku pada pukul 1 pagi….28hb 10 2008…dan Rozie dah bersedia bawa aku dan Harlif pusing-pusing dari kawasan Bukit Bintang ke Kg Baru dan Akhirnya Danau Kota..Esoknya seawal 7.30pagi kami dah keluar. Kota Kuala Lumpur masih lengang
…kami menaiki Monorel ke Jalan Masjid India. Di sana di sebuah lorong kami lepas dendam pekena nasi lemak, teh tarik dan roti canai….tak dapat nak ku ceritakan betapa sedapnya hingga aku telah melanggar diet yang ku pertahankan hampir sebulan…arrhhgg peduli….asalkan aku tak menyesal dalam kubur nanti….

Selepas tu kami menuju ke tujuan asal kami ke KL…IBIS…dalam imiginasi kami show ini setanding broadcast Asia di Singapura..tapi hampeh…..tak sampai 2 jam kami dah blah….
Next..ke ofis Abg Mamat Khalid di PJ…kerana masih awal kami ke Sony servis Centre di Mid Valley…berita gembira…di Miri pun ada Servis Centre..boleh hantar kat sana..lagi dekat…tak payah nak sakit kepala beli tiket kapal terbang..lepas tu kami ke Low Yatt plaza..memang barangan komputer murah disini…selain itu kamera digital juga dijual dengan harga yang sangat meresahkan akal rasional kami….emmm kalau ikut nafsu…beribu habis kat sini..nasib baik kami cuma ada beberapa ratus je..hahahha…itu pun ku simpan dalam kasut biar aku rasa susah untuk mengambilnya…dan nafsuku tidak berjaya menggugat hati yang semakin lemah….next…kami…menuju ke ofis Abg Mamat Khalid ……..
November 11, 2008 | Leave a Comment 

Interview @ Nasional FM

Just to share a few photos from the interview session with DJ Zamri of Nasional FM. Being me, i was a bit nervous. Always a bit (kadang-kadang banyak jua lah) shaky when faced with microphones & cameras. But surprisingly, at least for me, despite me being me, tonight’s session went pretty well. Thanks to Zamri who managed to put me at ease. Once again, thank you Zamri for the invitation and of course for promoting Regalblue Production on Nasional FM!

November 7, 2008 | Leave a Comment 

me@tv season 3 with Azri & Zana

November 4, 2008 | Leave a Comment 

← Previous Page