BIJAK CERIA :D
Saturday, 6 February 2010
The first day of Bijak Ceria kicked off yesterday and alhamdulillah, it went pretty well. Will post a few photos, when i get a copy of them.
————————————————————————-
Tuesday, 26 January 2010
Due to unstated reasons, a number of participants withdrew themselves from joining Bijak Ceria. Hence we are still open for (as of 11:59hrs 26 Jan 2010) 28 more registrations! Anyone interested, please do send names and age to 8806165 now as it is on a first come first serve basis.
At the mean time, schedule is rescheduled. Our apologies to keep you waiting.
————————————————————————————————–
Friday, 22 January 2010
Status: Waiting for recording schedule confirmation from RTB
—————————————————————————————————–
Terima kasih diucapkan kepada ibubapa dan penjaga yang telah mendaftarkan nama anak-anak mereka untuk rancangan Bijak Ceria.
Bijak Ceria merupakan sebuah rancangan gameshow TV 15 episod yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Brunei. Penerbit bagi rancangan tersebut ialah Tuan Haji Jailani bin Hj Othman dari Unit Remaja & Kanak-Kanak, RTB. Untuk rancangan ini, Regalblue Production akan menyediakan perkhidmatan penggambaran dan penyuntingan.
Bijak Ceria terbahagi kepada empat pusingan; 2 pusingan permainan dan 2 pusingan kuiz. Di setiap episod, 2 pasukan yang terdiri dari 3 orang pemain, akan bertanding.
Rakaman Bijak Ceria akan dibuat pada bulan Februari 2010, pada hari Jumaat, Ahad dan hari kelepasan awam. Setiap peserta akan diminta hadir untuk satu sesi rakaman sahaja, mengikut yang telah dijadualkan.
Semasa rakaman, setiap peserta diminta membawa & memakai:
- baju-T lengan panjang (berwarna putih, atau mana-mana warna yang ada. Pada hari rakaman, baju akan dilapis di luar dengan baju Bijak Ceria yang akan dipinjamkan untuk rakaman)
- seluar panjang sukan hitam atau biru
- kasut sukan
- salinan kad pintar atau surat beranak peserta (bagi yang belum mempunyai kad pintar) dan salinan muka depan akaun bank (nombor akaun) peserta
Diminta kerjasama ibubapa/penjaga untuk datang bersama peserta sahaja, kerana rancangan ini dibuat tanpa penonton.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi/sms Yani di talian 8806165.
Sila ikuti page ini untuk sebarang maklumat terkini!
Terima kasih



REGALBLUE PRODUCTION



