Berpijak Di Bumi Yang Nyata

“Berpijak Di Bumi Yang Nyata” adalah salah sebuah drama yang telah diterbitkan oleh Regalblue Production pada penghujung tahun 2005 dan telah pun disiarkan di Radio Televisyen Brunei pada bulan Ogos tahun lalu.

Ia merupakan satu-satunya drama 13 episod Regalblue yang mempamerkan aksi silat. Untuk memantapkan lakonan, kereografi dan latihan gerak laku silat telah diajarkan kepada pelakon-pelakon yang terlibat sebelum produksi drama dibuat. Regalblue Production juga turut berkesempatan mengundang Adlin Aman Ramlie dari Malaysia untuk melakonkan salah satu watak di dalam drama tersebut.

June 18, 2008 | Leave a Comment