Seminar Ke Arah Penakrifan & Istilah Tataamalan Penyiaran Rancangan Televisyen
Satu seminar mengenai penakrifan dan istilah tataamalan penyiaran rancangan televisyen telah dianjurkan bersama oleh Radio Televisyen Brunei dan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei minggu lepas bertempat di Dewan Penghayatan, Institut Perkhidmatan Awam. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan dan peserta seminar berkesempatan mengadakan sesi perbincangan bersama ahli-ahli jawatankuasa Penapisan dan Penilaian Rancangan-Rancangan.
Di kesempatan ini, Regalblue Production sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Radio Televisyen Brunei dan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei kerana memberikan kami peluang untuk sama-sama menghadiri seminar tersebut. Sepanjang seminar selama dua hari tersebut, selain memperoleh maklumat-maklumat mengenai tataamalan penyiaran, kami juga berpeluang meminta pendapat dan mengajukan soalan-soalan secara terus kepada ahli-ahli jawatankuasa penapisan.

































REGALBLUE PRODUCTION




