Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

September 9, 2010 | Leave a Comment 

15 Julai

July 14, 2010 | Leave a Comment 

2 Malam yang Terang part 3


Abg Mat agak sibuk juga pada hari tu..kami seterusnya berbincang dengan kak Jib general abg Mat yang sangat membantu..Kak Jib merupakan tulang belakang NagaVXS orang penting yang berkebolehan tinggi dalam urusan business dan pengurusan..mengingatkan kami kepada Nurain dan Yani di Regalblue…orang pempuan sesuai dengan tugasan seperti ini fikirku..lebih tegas dan organize agaknya…. dari Kak Jib juga kami mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai perjalanan karier Abg Mat…Sebelum meninggalkan ofis Abg Mat kami dipelawa untuk menjadi tetamunya pada keesokan hari di Finas sempena pelancaran karya terbaru seorang lagi master Uwei Hj Saari….bertuahnya kami….

Kami menaiki teksi ke pejabat salah seorang kenalan kami Adi Syamsul…mantan penerbit kanan astro yang juga merupakan executive producer rancangan2 astro seperti Akademi Fantasia, Raja lawak, Trek Selebriti banyak lagilah…yang baru ni Lu Fikirlah Sendiri Nabil..melalui companynya White Wizard..kagum dengan ofisnya (kan begambarpun lupa)…Adi tunjukkan kami beberapa klips untuk pitching rancangannya yang akan datang,banyak kami belajar secara tak lansung…secara spontan Harlif ajak Adi ke Brunei bersama Mamat Khalid..Adi cakap..onnnnnn

Perjalanan 2 hari ini banyak mengajar aku…walaupun terpaksa bekejar kesana kemari sempat jua aku melihat realiti hidup dikota besar ini…
Masjid Jamek ini sudah tua usianya, istimewa kerana di hujung pagarnya itulah pertemuan dua sungai iaitu sungai kelang dan sungai gombak…kelam dan agak tersorok…aku harap ia tidak terus ditelan pencakar lagit sekelilingnya…dan lebih malang lagi kalau syiarnya turut tenggelam dikota semakin membangun ini…. berhampiran stesyen LRT masjid jamek aku terpegun melihat sekumpulan peniaga melayu yang menjual nasil emak dan kueh mueh..para pelancung yang lalu disana juga agak tertarik…cuma yang menyedihkan aku….melihat peniaga melayu..berdagang di celah-celah bangunan tinggi kepunyaan bukan melayu

…tanah ini bukankah dulunya milik melayu??? kenapa kini cuma seperti malukut di tepi gantang??? Kawan-kawan ku di Brunei…berhati-hatilah….jangan sampai ekonomi negara ditangan orang lain…bagun…sedarlah…masih belum terlambat…

esoknya awal lagi kami ke Finas…emmm seperti biasa..aku tak ambil gambar kami disana..berjumpa teman-teman yang kini punya nama dalam bidang filem bangga juga…tapi yang penting…mereka masih mengenali aku..syukur…tapi yang lebih penting..kata kata yang keluar dari Prof Ungku Aziz sebagai tetamu kehormat..aku tanya Shofi kawan AFM ku…boleh ke kita jadi dia??? Shofi jawap ..tak boleh….aku tanya lagi…5 percent pun jadilah….Shofi jawab lagi…itu boleh…kita dah ada pun…aku tersenyum….

Lepas dari finas kami ke ofis sorang lagi kawan yang dah ada nama besar dalam perfileman Malaysia…Raja Mukhriz….D.O.P yang semakin digalati, kerja-kerja beliau sering mendapat pengiktirafan seperti Evolusi KL Drift, KL Menjerit, Kala Malam Bulan Mengambang dan banyak lagi…kami memang bertuah hari tu..kebetulan Bade atau Badarudin Hj Azmi..pengarah filem, KL Menjerit, Syaitan,Gangster, Belari kelangit dsb datang ke ofis Mukhriz…kami berbual mengenai peralatan penggambaran masa kini….singkat tapi penuh….sebelum balik kami sampaikan hasrat kami untuk menjemput Abg Bada dan Raja Mukhriz ke Brunei untuk sesi workshop pengcahayaan…Abg Bada dan Muhkriz memberikan jawapan positif….insyaallah…

November 13, 2008 | 1 Comment 

2 malam yang Terang part 1

Kuala Lumpur menyambut aku pada pukul 1 pagi….28hb 10 2008…dan Rozie dah bersedia bawa aku dan Harlif pusing-pusing dari kawasan Bukit Bintang ke Kg Baru dan Akhirnya Danau Kota..Esoknya seawal 7.30pagi kami dah keluar. Kota Kuala Lumpur masih lengang
…kami menaiki Monorel ke Jalan Masjid India. Di sana di sebuah lorong kami lepas dendam pekena nasi lemak, teh tarik dan roti canai….tak dapat nak ku ceritakan betapa sedapnya hingga aku telah melanggar diet yang ku pertahankan hampir sebulan…arrhhgg peduli….asalkan aku tak menyesal dalam kubur nanti….

Selepas tu kami menuju ke tujuan asal kami ke KL…IBIS…dalam imiginasi kami show ini setanding broadcast Asia di Singapura..tapi hampeh…..tak sampai 2 jam kami dah blah….
Next..ke ofis Abg Mamat Khalid di PJ…kerana masih awal kami ke Sony servis Centre di Mid Valley…berita gembira…di Miri pun ada Servis Centre..boleh hantar kat sana..lagi dekat…tak payah nak sakit kepala beli tiket kapal terbang..lepas tu kami ke Low Yatt plaza..memang barangan komputer murah disini…selain itu kamera digital juga dijual dengan harga yang sangat meresahkan akal rasional kami….emmm kalau ikut nafsu…beribu habis kat sini..nasib baik kami cuma ada beberapa ratus je..hahahha…itu pun ku simpan dalam kasut biar aku rasa susah untuk mengambilnya…dan nafsuku tidak berjaya menggugat hati yang semakin lemah….next…kami…menuju ke ofis Abg Mamat Khalid ……..
November 11, 2008 | Leave a Comment 

Thai TV Drama

Original Post in Thai text by StoRyTeLLer on www.thecommoners.org

Just want to share this with Brunei friends. Although that was StoRyteLLer’s view on Thai TV drama…Tapi macam tak banyak berbeza dari drama-drama ASEAN (Indonesian Sinetron… Drama Malaysia… Drama Filipin…)  I tried to make this “Brunei translated version” as funny as the original post was…hehe… To Yani and Farid, thanks for your help..

 

10 KEMUSHKILAN yang MESTI diterima untuk “enjoy” menonton drama Thailand

Jangan pertikai kalau….

1.    Hero selalunya kurang pintar dari orang jahat, tetapi hensem, kaya, ego, ada pekerjaan tapi inda pernah nampak bekeraja

2.    Heroin boleh “tumpas” dan “ternoda” tapi kepada hero sahaja.

3.    Perempuan jahat/ Pendengki mempunyai pitching suara yang sangat tinggi dan power yang luar biasa. Ia boleh menerais tarus-tarus tanpa sebab yang logik. (Digigit nyamuk pun buleh dijadikan sebab)

4.    Perempuan jahat sangat pintar dalam merancang perkara jahat macam dalam CSI + 24 + Prison Break

5.    Bila ada scene pondok kayu di tengah hutan rimba atau resort di tepi pantai, gerenti ada love scene yang menyebabkan heroin hamil walau hanya pertama kali bermalam bersama hero

6.    Hero dan Heroin berpenyakit lemah lutut, sikit-sikit terabah hidung bertemu atau sampai berpeluk. Walaupun terjatuh hati dari pandang pertama tapi inda kan mengakun selagi alum sampai episod akhir atau ada  saat yang sangat kritikal

7.    Bullet dalam drama dibuat khas untuk membunuh penjahat sahaja. Hero atau heroin indakan mati walaupun kana tembak bertubi-tubi.

8.    Pelakon pembantu: macam gelarannya, peranannya untuk membantu hero dan heroin bercinta. Sanggup berkorban nyawa demi cinta hero dan heroin, atu baru diiktiraf sebagai “Pelakon pembantu terbaik”

9.    Ibu inda terkilala anak sendiri. Orang kaya menyamar jadi orang miskin, perempuan menyamar jadi lelaki, Inda kedapatan.

10. Ilmu Hitam Bomoh lebih hebat dari Ilmu sain, falsafah dan sewaktu dengannya.

 

10 Perkara yang menyebabkan Thai TV Drama inda maju

 

1.    Penulis skrip terpaksa kurangkan scene-scene pejabat sebab tak ada Pejabat/ Kilang/ Bangunan yang lawa lawa menyewakan tempatnya dengan sewa yang kurang daripada B$1,500 sehari (atu inda termasuk bil air, api lektrik, Overtime, Security dan Kos Gantirugi yang tidak dapat disangkakan).

2.    Mesti Jaga Imej Institusi/Organisasi:

Polis mesti handal – Nada penjahat yang boleh terlepas

Doktor mesti baik – di Thailand nada doctor yang membunuh isterinya sendiri dan memotong mayatnya sebelum buang ke tandas dan sebahagiannya buang ke sungai?!?

Guru sayang anak murid – nada yang mendera

Peguam sangat adil – Case pecah amanah inda pernah terjadi

Paling selamat kalau buat skrip masalah suami isteri saja… Inda kena sue lepas drama disiarkan di TV.

3.    Trailer drama yang ada suara latar mengatakan “sebuah drama BERMUTU….” Akan serta merta menurunkan RATING nya.

4.    Disebaliknya drama yang berunsur “Dengki”, “Berlawanan”, “Merebut suami” mendapat RATING tinggi

5.    Semua stesen akan membeli drama yang berunsurkan No.4. Ingat “Fungsi drama Thailand untuk menghiburkan orang ramai”, kalau “memberi maklumat atau memberi kesedaran” itu adalah fungsi rancangan berbentuk lain.

6.    Drama Korea, yang dianggap TERBAIK, walaupun Dragging dipertengahan cerita dan Ending inda best, tapi dengan pelakon yang “BUKAN ORANG THAILAND” dan “Cara lakonannya bukan style Bangsawan” HA….aa Atu cukup bagus.

7.    Harga minyak naik, Sewa lokasi naik, Sewa peralatan naik, Makanan semakin mahal, bayaran pelakon naik (sedangkan lakonan semakin teruk, inda sampat membaca skrip sebab sibuk mengambil job tempat lain jua)—- Bayaran Creative/ Crews inda boleh naik!!

8.    Penulis skrip generasi baru inda suka membaca buku literature klasik, banyak ejaan salah. Mengejar glamour. Percaya bahawa “Glamour datang bersama rating yang bagus

9.    Keganasan harus di sensor, tapi kalau perempuan berkelahi menampar atu namanya realiti manusia

10. Skrip-skrip drama yang ada perkataan seperti berikut lebih dari 5 kali, GERENTI LAKU: “Dendam, Aksi, Membunuh, Dengki, Salah faham, Sesat dalam hutan, Menyamar, Harta, Racun, Hamil, Gila,….”

 

SEMOGA TERHIBUR !

 

July 4, 2008 | Leave a Comment 

Next Page →